Preparation for Newborn
Seperti yang dijanjikan dalam Bahasa Melayu rojak 😂. Artikel ni sesuai untuk bakal ibu bapa. Saje nak berkongsi barang ape yang perlu beli (yang basic), barang tambahan (tak ade pun tak ape), barang yang dilarang beli (sebab bahaya untuk baby), barang untuk parents dan mane nak beli. The best part, i'll attach 3 printable pictures; list of the basic and additional baby items. Boleh la korg tanda sambil shopping nanti 😍
Bila nak bershopping ni, kena fikir untuk jangka masa panjang. Sebab nanti bila baby dah masuk stage toddler, barang/ perabot ni boleh jadi bahaya. Contohnya, meja persalinan bayi (baby's changing table). Bila baby dah mula memanjat, kalau perabot tak kukuh, boleh hempap atas baby, serious ngeri! Cari perabot yang tak ade bucu tajam. Yang baru bernikah tu, dah boleh mula beli perabot yang curvy okay 😂
Sebelum kita mula, jom cuci mata tengok baby room. Boleh dapat inspirasi mcm mane nak hias nanti.
Cantik kan ❤ Gambar dari GOOGLE.
Printable Jpeg di bawah 👇 Hopefully dapat membantu. Boleh dah mula shopping sikit-sikit setiap bulan. Artikel yang panjang lebar dan nasihat-nasihat ada di bawah jugak. Tips pun ade 👍
1. Pampers
Banyak brand dekat pasaran. Tapi paling suka brand Huggies Ultra. Mungkin sebab my son sendiri ok pakai brand ni dari newborn lagi. Kes poo poo pee pee bocor atas tilam sebulan 2-3 kali semestinya ade. Pakai la brand ape-ape pun, bocor tu macam benda wajib new parents kena lalui. Sediakan cadar tilam sebanyak 2-3 helai. Yang penting baby kena SELESA. Huggies Ultra ni ada indicator dekat pampers. Newborn kerap 💩. Kalau pampers dah penuh, indicator ni akan tukar color dari kuning ke biru. Jangan beli saiz newborn banyak sangat. Beli skali saiz S sebab baby cepat membesar.
Paling suka beli dekat TCE Baby Expo Mid Valley sebab kalau beli banyak dapat free gift toy. For me, pernah dapat fisher price shape sorter, staking cup macam dalam gambar bawah ni. Best kan. Kalau beli lambat, toy best-best ni habis, dapat la teddy bear ❤ Dalam TCE Expo, boleh dapat free sample dari brand pampers lain jugak. Ambik lah semua yang ade 😃. Yang kedua, beli dekat LAZADA paling murah dari semua online shop lain.
2. Changing table/ mat
IKEA paling most trusted perabot dari segi safety. Ni contoh changing table yang boleh ubah jadi book shelf. Changing table ni termasuk dalam list tambahan. Tak ade pun tak ape.
Tapi kalau dah terbeli, jangan lupa match kan dengan accessory lain.
Design yang tak sesuai. Perabot yang ade laci. Boleh kepit jari baby.
Changing mat barang basic perlu ade. Tukar pampers baby atas katil berlapik kan mat ni. Kalau boring dengan design rubber mat pink biru tu boleh try changing mat ikea. Lembut dan waterproof macam dalam gambar yang ade baby di bawah 👇
3. Bath Tub
Basic perlu ade. Kalau pergi ke kelas antenatal, boleh belajar cara nak mandikan baby. Nak mandikan baby perlu dengan air bersuhukan 37 degrees C. Try la book appointment kelas antenatal ni. Best. Dulu, i went to antenatal class dekat Gombak Medical Centre sebab masa dia flexible (weekends). Dekat hospital selalunya kelas dia weekdays.
- Grooming Set. This one is from Mothercare Malaysia store. Siape kaki jalan tu sesuai la beli ni. Senang nak travel. Barang tak hilang. Banyak lagi brand yang ade spt Tommee Tippee.
- Bath Towel.
- Facial cotton bud.
Sesuai untuk basuh muka newborn dgn cotton bud ni. Newborn sgt delicate. Try jangan sentuh muka baby kerap sangat dengan tangan kita sebab takut terkasar kan + germs. Facial cotton bud pun sesuai untuk basuh kemaluan baby.
Ok ni nak nasihat sikit. I wish i knew this earlier tapi tau lambat jugak la. About WetWipes. Kalau boleh jangan sapu wet wipes dekat baby langsung. Chemical. Fragrance. Kalau wipes tu tulis for newborn, fragrance free, boleh pakai tapi jangan kerap. Advice from our dermatology and allergy specialist, Dr Saadiah Sulaiman, KPJ Damansara, KPJ Seremban.
Nak basuh 💩, just pakai cotton bud + air + sabun baby. Nak basuh mulut baby, muntah baby, please, not with WetWipes okay? Basah kan kain lembut atau facial cotton bud dengan air dah cukup. 😊 Tapi borong la WetWipes dan Hand Wash utk kegunaan ibu bapa. Parents please, always wash your hands with soap. Especially lepas tukar pampers baby. Germs. Kalau travel, lap tangan pakai WetWipes. WetWipes sesuai untuk lap trolley supermarket, baby high chair dan sebagainya.
According to the dermatologist, brand Cerave paling bagus. Tapi sekarang out of stock. Paling baik kalau beli baby wash dari dermatologist. Tapi kalau masa tak mengizinkan untuk jumpa Pakar Kulit, boleh cuba beberapa brands yang fragrance free.
- Mustela for Newborn
- Buds Baby
- Centifolia Bebe
- Sebamed Baby Extra Soft (with mild fragrance to comfort baby)
Brand yang terlalu kuat sangat bau, rasanye tak sesuai untuk baby. Pureen, Anakku 😷. Serious tak tahan. Yang dewasa ni pun rasa terseksa bila bau. Brand baby Johnson pun tak digalakkan untuk newborn sebab ade fragrance.
Sebenarnya, pelik jugak bila orang cakap suka kalau baby wangi. 'Orang-orang' ni maksudkan bau Baby Johnson sebenarnya. Tak perlu la nak bagi baby bau macam Johnson tu okay 😂
Sebenarnya, pelik jugak bila orang cakap suka kalau baby wangi. 'Orang-orang' ni maksudkan bau Baby Johnson sebenarnya. Tak perlu la nak bagi baby bau macam Johnson tu okay 😂
Nota tambahan!💛 Dilarang pakaikan bedak dekat baby. Baby Powder is definitely NO.
"Respiratory Problems. The American Academy of Pediatrics points out that baby powder can cause breathing trouble and serious lung damage for babies if they inhale the particles."
- Diaper Rash Cream
Personally, I love Mustela Vitamin Barrier Cream. Specially made for newborn. Result pun cepat. 👍
Brand lain spt Sebamed Baby pun ok jugak.
- Baby Oil
Banyak di pasaran spt yu yee cap limau. Kalau suka organik, boleh cuba Tropika atau Telon. Lepas baby mandi, sapu 2-3 titis atas tangan kita, baru sapu atas perut dan tapak kaki baby.
5. Baby Pillow + Cotton Blanket
Untuk anak 2tahun ke bawah tak disyorkan untuk pakai bantal. Sila baca atau Google tentang SIDS. Sudden infant death syndrome (SIDS) is the unexplained death, usually during sleep.
But for my case is different because my son dapat Reflux dan GERD. Baby yang ade GERD kerap muntah balik susu. Untuk kes ni, i'll write about it in another post. Dramatic sikit sebab bangun 3pagi bawak dia pergi hospital. Basically, my son kena pakai bantal. Bila baby pakai bantal, ibu bapa kena sentiasa ALERT.
Cuba bantal ClevaMama for 0+. Sarung bantal tambahan ade jual berasingan. Bila pakai bantal ni rasa selamat sikit sebab dia tak tenggelamkan kepala dan size dia nipis sesuai untuk newborn.
Selimut baby barang basic perlu ade. Selimut, plush toy (saiz besar) pun termasuk dalam kes SIDS. Terpulanglah kepada ibu bapa, mane yang rasa sesuai boleh beli. Kalau rasa tak mampu untuk tidur dalam keadaan alert, tak perlu pakaikan dekat baby lagi.
6. Crib Bedding Set
Yang ni ketegori tambahan. Tak ade pun tak ape. Kalau nak baby tidur skali atas katil dewasa, make sure alert! Remember about SIDS. Kepada yang nak beli ni, boleh tengok dekat Ikea. Cantik-cantik design dia ❤ Tempat lain macam dekat TCE Baby Expo pun ade. Cuma kekurangan TCE ni tempat dia lagi sesak dari Ikea. Untuk ibu bapa yang sangat suka kan ketenangan, cuba survey dekat baby shop spt Mothercare, HappiKiddo dan banyak lagi.
6. Formula Milk + Baby Bottles Set
Ok, this is a very sensitive issues to most mothers. This is my blog and this is my opinion. If you dislike it, it's fine, no big deal. Click the exit button. Pihak hospital mahupun kelas antenatal melarang ibu bapa bawa formula milk ke hospital sebagai persediaan untuk menyambut newborn. Sebab utama, untuk galakkan new mothers breastfeed. To me, that is Totally Wrong. Sesetengah ibu dah mula ade susu sebelum bersalin. Ade yang produce selepas bersalin. Ade yang produce beberapa hari lepas bersalin dan ade yang tak akan produce langsung. Bergantung kepada rezeki masing-masing dan juga usaha. Tapi tak bermaksud newborn kena tahan lapar sampai ibu tu boleh menyusu? So kepada bakal ibu bapa, boleh mula kumpul sampel-sampel susu formula dari mana-mana brand. Boleh ambil di booth expo, klinik, famasi atau order online. Semua ni percuma. Tapi kalau nak beli tin susu formula yang kecik pun ok. Bawa ke hospital sebagai backup plan.
From my experience, my mistakes again, i followed the hospital rules. I didn't produce right after birth. My son starved until the second day i went back home. Not a single drop of water for him in 48hours! Sampai dia masuk angin. Bila baby dapat perut kembung tau la kan meraung dia kuat macam mana. Bila di wad, bagitau nurse, nurse suruh cuba lagi, cuba lagi sampai la nak check out. But Alhamdulillah i started to produce on the 5th day after his birth until now, 2years plus pun still breastfeeding dan tak nak wean off lagi 😂
Ok, back to the topic. Kumpul sampel susu formula dari sekarang. Macam-macam brand botol baby yang ade. Antara yang famous dalam kalangan ibu adalah Tommee Tippee dan Pigeon.
![]() |
| Paling best pakai compelete set macam ni sebab mudahkan segala urusan susu terutamanya, sterilizer dan bottle warmer. |
![]() |
| Kalau set ni pun ok cuma setiap kali feeding, kena rebus botol dalam air mendidih atas dapur masak. |
7. Dress
Best sangat nak shopping baju baby ni ❤ Tak tau kenape, mesti senyum lebar bila tengok baju baby hehe. I already listed out the dresses for newborn in the printable jpeg images above.
Rompers, Short Sleeve, Long Sleeve + Comfortable Pants. Scratch Mittens (Sarung Tangan), Socks, Bib dan sebagainya. Kalau set cute macam ni dari Mothercare. To me, jenis kain cotton Mothercare ni tebal sikit sebab dia tak design untuk negara Asia. Tapi kalau bilik tidur baby pasang aircond, sesuai la kain macam ni.
I prefer Uniqlo. Sebab cotton dia lagi selesa dan nipis + kualiti. Cuma tak banyak design la. Nak tgk lebih boleh klik dekat link ni. Uniqlo Baby. Pants dia pun selesa. Uniqlo Baby bahagian Toddler ada banyak design pants, saiz 80cm paling kecik skali.
Tempat lain yang best shopping baju dekat Aeon bahagian Baby, Parkson Baby dan juga Sogo tingkat Baby 👍I love Sogo bahagian Baby tu.
Antara Swaddle Muslin (kain bedung) yang paling selesa dekat Malaysia ni. Brand Aden + Anais. Paling selesa dan lembut.
Tak semua baby tahan teknik bedung ni. Pakai sekejap, baby dah tendang, keluar kaki tangan dia 😂 like my own son, tak pernah boleh bedung dia betul-betul. Boleh la try Ergo Pouch/ Swaddle Cocoon Pouch. Zip terus, senang. Baby pun selesa. Bedung ni untuk baby rasa macam dia dipeluk, tidur tak terkejut-kejut. Cuma kekurangan Swaddle Cocoon ni, material dia tak sesejuk dan nipis macam Swaddle Aden + Anais.
- Baby Car Seat
I'm not expert about this especially for newborn. Sesetengah angle baby car seat tak sesuai untuk newborn. Di luar negara, dorg ade oxygen test untuk newborn dalam car seat. Mostly newborn akan hadapi masalah pernafasan dalam sesetengah car seat sebab sudut darjah yang tak sesuai. Last time, after i checked out from ward, the nurses suggested me to hold my baby in my arms. Tapi kena duduk seat belakang. Never carry your baby at the front seat. But the risk is always there. Terpulang dekat ibu bapa. My son mula pakai car seat masa umur dia sebulan. Sebelum umur dia sebulan, pergi check jaundice dekat hospital memang peluk dia dalam kereta. Don't follow my footsteps, because i'm not expert about this ✌ But the best advice i can give is buy the newborn carseat. InsyaAllah your baby will be safer.
- Stroller
Tak perlu beli awal-awal pun tak ape sebab dalam tempoh pantang tak digalakkan banyak keluar rumah. Keluar ke hospital atau klinik tu ya 😃 My son last pakai stroller masa umur 1tahun sebab dia tak suka duduk 😔. Kalau dapat anak tak aktif sangat dan baik, suka duduk, Alhamdulillah. Sampai sekarang memang dukung my son, biar dia lari dan jalan sendiri. Paling best bila ibu bapa yang biasa tak pakai stroller ni, senang nak travel jauh. Senang nak pergi mall, tak perlu tunggu lift. Dukung je anak naik escalator. Cuma mata memang alert dekat anak 24jam, takut dia lari terjun bangunan! Serious takut sangat. So for me, i don't use my phone bila jaga dia dekat luar rumah kecuali tempat tu memang betul-betul selamat. In my opinion, tak perlu beli stroller yang terlalu mahal macam brand cybex sebab kalau dapat anak yang memang meraung bila kena duduk dalam stroller, rugi je la kan. Bila perhati je dekat mall banyak je parents biar anak dia melalak dalam stroller, supaya dia dapat shopping. Terpulanglah. The choice is yours ❤
- Extra Gear
Banyak lagi barang-barang tambahan untuk baby. Boleh la survey 😍
![]() |
| Red Castle Cocoonababy sesuai untuk baby Reflux & GERD |
![]() |
| Nuna Leaf Wind untuk dodoikan baby. Sesuai untuk baby Reflux & GERD |
| Baby Play Gym |
![]() |
| Mobile Crib Lullaby |
![]() |
| Mobile Projection Soother with Lullaby |
8. Parents
Ok topik yang terakhir, untuk bakal ibu bapa.
- Breast Pump Set
Bakal ibu kena Google dulu, survey brand mana yang sesuai. Ade jenis suction yang kuat, boleh sakit dan lukakan kulit. Ade yang tak kuat sangat. Survey dulu ya ✌
- Nursing Dress & Maternity Pads
Paling senang pakai blouse yang ade butang depan. Contoh macam ni 👇
To me, nursing dress is not totally comfortable sebab dia ade zip tepi kan. Zip kasar tak sesuai nak breastfeed. Lagi senang pakai blouse hehe.
- Hot Cold Pack & Set Berpantang
- Hot Cold Pack & Set Berpantang
![]() |
| Sesuai untuk letak atas perut & rahim ibu yang bersalin secara normal. Sesuai untuk bengkak susu. |
Jangan lupa book makcik urut lepas bersalin ❤ Tak expert jugak dalam bahagian pantang ni, cuma nak share Hot Cold Pack ni bagus. Bila perut rasa tak sedap terus letak hot pack. Masa bengkak susu pun letak hot pack sambil pam. Two things that i didn't take masa pantang. Bertungku dan pakai bengkung. Sebab tak ade masa. Yes hehe tak ade masa untuk diri sendiri. I'm having a very very difficult times with my son. Dia cepat kembung perut, ade GERD untuk 6 bulan, nangis almost all the time haha. I had post natal depression stage one. Kenangan. Sekali seumur hidup kan nak lalui benda ni. Alhamdulillah i'm all ok now and a very happy mother to my cheeky happy son. My weight drop to 40kg sebab jaga dia sorg!
Stay tune for next post, either nak share Homeschooling atau Something Else... ❤ Thank you for visiting 😗































Comments
Post a Comment